MENGUNDANG BICARA
"Bahagianya seorang hamba Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya..Begitulah rupanya berkasih dengan Allah..tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah..Tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan..Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda kasih sayangNya kepada hambaNya..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.."
Sabtu, 27 Julai 2013
MENGUNDANG BICARA: HARI KEHANCURAN DUNIA
MENGUNDANG BICARA: HARI KEHANCURAN DUNIA: Sungguh dunia kini menuju kehancurannya. Hitunglah berapa umur sebenar dunia dan bagaimana rupa zahirnya, sedang ketika peristiwa Nabi SAW ...
Sabtu, 13 Oktober 2012
HARI KEHANCURAN DUNIA
Sungguh dunia kini menuju kehancurannya. Hitunglah berapa umur sebenar dunia dan bagaimana rupa zahirnya, sedang ketika peristiwa Nabi SAW diisra'kan dan dimikrajkan oleh Allah SWT, tika itu Nabi melihat seorang tua, yang kemudiannya mengaku bahawa dialah keadaan dunia. Apatah lagi jika hendak dinbandingkan dengan keadaan dunia di zaman kita.
Saban hari saban waktu, dunia yang tua ini tetap dihiasi dengan 'perhiasan' dan 'permata', iaitu dengan megahnya berdiri bangunan-bangunan pencakar langit, perubahan sedikit demi sedikit struktur bentuk muka bumi kearah yang lebih moden, seolah manusia mersakan dunia mereka ini adalah tempat kekal bagi mereka dan kehidupan mereka keseluruhannya.
Dikisahkan, pada suatu hari Rasulullah SAW melihat bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda :
"Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir"
Baginda juga pernah bersabda :
"Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah"
Isnin, 16 Julai 2012
Akibat manusia tidak mengenali dirinya sendiri
Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya
Hanya diberi ilmu syariat yang lahiriah sahaja
Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya
Kejahatan orang lain lebih dia nampak
dari kejahatan dirinya sendiri
Orang lain sombong atau ego dia nampak,
pada masa yang sama ego dirinya lebih besar
dari orang itu dia tidak terasa
Di waktu dia susah, orang tidak membantunya dia terasa
padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang,
dia tidak terasa satu kesalahan
Orang lain mementingkan diri dia tersinggung,
dia mementingkan diri,
dia tidak sedar yang sudah jadi budaya dalam dirinya
Orang lain bakhil, dia nampak tidak patut,
dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa
Orang lain tidak sabar, dia nampak sangat,
dia tidak sabar payah dia hendak memahaminya
Begitulah manusia jika tersalah didik dari kecilnya
Soal-soal roh atau hati,
yang ada hubungan dengan mahmudah dan mazmumah,
tidak pernah dia kenal
Kalaupun dia diajar tentang Islam
hanya banyak menekankan syariat lahir semata-mata
Akibatnya dia tidak kenal diri-sendiri
Tidak kenal diri sendiri ertinya tidak boleh menilai diri
Tidak boleh nilai diri sendiri, kejahatan orang lainlah yang dia nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak sedari
Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari kepada orang lain
Dirinya terkecuali daripada kesalahan
Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini.
Sabtu, 19 Mei 2012
Kisah Rabi'atul Adawiyah & Seorang Pencuri
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah.
Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itu pun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei,jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini". Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'atul Adawiyah. Kebiasaanya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabi'atul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok burukku ini." Balas Rabi'atul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, ,menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'atul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan sesuatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasa sebelum ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."
Si pencuri itu telah menginsafi perbuatannya.
Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itu pun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei,jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini". Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'atul Adawiyah. Kebiasaanya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
"Sila ambil sesuatu." kata Rabi'atul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si pencuri berterus-terang.
"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, ,menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'atul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan sesuatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasa sebelum ini.
Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."
Si pencuri itu telah menginsafi perbuatannya.
Jumaat, 18 Mei 2012
Perjuangan bagai satu pelayaran
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dahsyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya
Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawah air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang bejaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapannya hanya pada yang Esa
Langgan:
Catatan (Atom)