Isnin, 24 Ogos 2009

Adakah Iman Kita Senipis Kulit Bawang?

Iman senipis kulit bawang???
Benar....
Kini ku rasakan iman ini lebih nipis dari sehelai kulit bawang
Amat mudah tercarik
Tapi amat payah untuk ditaut kembali
Mudah sungguh kau tergoda dgn hasutan dunia
Begitu mudah membiar nafsumu beraja
Lemahnye kau menolak ajakan duniawi..
Malumu belum cukup untuk manjadi benteng pertahanan
Semangatmu tidak mampu mengampuhkan diri
Pabila akalmu tumbang bertarung dgn nafsu
Lalu dirimu hilang pertimbangan
Malumu tergadai..
Imanmu terhempas..
Semangatmu terbang melayang..

Adakah ini srikandi islam yang diimpikan???
Pasti jawapannya TIDAK!
Adakah selama ini aku menipu diri?
Adakah selama ini aku hipokrit?
Adakah selama ini aku berpura2?
Apa yang aku cari dalam hidup ini..
Keseronokkan?
Pujian?
Sanjungan?
atau...
Cinta Ilahi yang Maha Agung
Persoalan2 yang seringkali berlegar di minda

Kalau begini nipis imanmu wahai serikandi..
Mampukah kau meredah onak dan duri
Mengharungi jalan yang berliku
Menyusuri arus deras kehidupan
Untuk sampai ke destinasi yang kau tuju...

Wahai serikandi..
Mujahidah fi sabilillah...
Fikir dan cuba renungkan..
Muhasabah kembali kesilapan2 yang telah kau lakukan
Supaya kau belajar dari kesilapanmu
Jangan kau ulangi kesilapan yang serupa..
Ingat kau serikandi ISLAM..
Perlu kuat jati diri..
Hiasi diri dengan sifat malu
Jangan kau biar jiwamu yang lemah ini terus lemah..
Kau perlu segera bangun!!!!!!
Bangun dari dosa semalam
Jangan biar "si tanduk dua" berjaya menguasaimu..

"Ya Rahman ya Rahim..
Daoku moga kau pelihara muslimah2 ini..
Moga terpelihara mujahidah2 yang berjihad pada jalanmu
Moga kau teguhkan semangat serikandi2 Islam ini..
Sinarilah hati2 kami dengan cahaya rabbanimu
Kurniakan lah kami kekuatan di sebalik kelembutan yang kau anugerahkan kepada kami
Moga kami terus ampuh berjuang menegakkan syiarMu..."

Keredhaan akan menhapuskan hawa nafsu..

Semua manusia sama sahaja..yang membezakan antara mereka hanyalah rupa,darjat,keturunan dan macam2 lagi..tapi mereka tetap sama memiliki hati dan merupakan hamba Allah Taala..Hari ini tanggal 25 Ogos bersamaan 4 Ramadhan 1430H hatiku terdetik untuk berbicarakan sesuatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia itu sendiri....

Sabda Rasulullah SAW..." Kenalilah Allah saat anda senang, nescaya Allah akan mengenali anda saat susah."

KENALILAH ALLAH ; berusahalah mencintai dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan mentaatinya, mensyukuri nikmatnya yang telah disempurnakan, bersabar menghadapi ketentuannya yang pahit dan kembali kepadanya sebelum turun bencana dengan kejujuran hati.

KETIKA SENANG ; Ketika anda saat2 lapang, aman, bergelumang dengan nikmat, berumur panjang, dan berbadan sihat. Lakukanlah ketaatan dan keluarkan infak sebagai usaha mendekatkan diri kepada ALLAH sehingga itu menjadi watak anda sebagai tanda pengenalan di hadapan ALLAH.

NESCAYA ALLAH AKAN MENGENAL ANDA SAAT SUSAH ; Pasti dia akan meringankan beban yang anda pikul, dengan membukakan jalan keluar dari segala kesempitan, da dengan memberikan kelegaan dari segala kesedihan yang anda hadapi. Yakni, berkat perkenalan yang pernah dibuat dengannya.

Perkenalan yang istimewa, di dalam hati hamba, adalah sebuah keharusan antara hamba dengan Tuhannya. Dengan perkenalan itu ia akan mendapatkan dirinya dekat dengan-Nya untuk memohon, sehingga ia merasakan kemesraan dalam kesendiriannya dan mendapatkan kenikmatan dalam berzikir, berdoa, bermunajat dan melakukan ketaatan kepadan-Nya. Kesulitan dan beban di alam dunia, di alam barzakh, dan di penantian akan terhapus oleh perkenalan yang istimewa antara dirinya dengan Tuhannya......

Jadi kita semua harus sedar bahawa kita berasal dari Allah dan akan kembali kepadanya semula...Hadith ini banyak mengajar diri kita untuk mengenali lebih akrab dengan pencipta kita...Namun, bukan mudah untuk hati2 yang lansung tidak menyerahkan segala-galanya hanya pada Allah SWT...Ingatlah kita bahawa keredhaan Allah terletak kepada amalan2 yang soleh serta ikhlas hanya kerana-Nya..

Ahad, 23 Ogos 2009

Kehidupan...

Hidup ini banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi...Namun, tidak semua yang berjaya mengharunginya dan tidak semua juga yang gagal meredahinya...Jika Allah dihati semua pengharung2 itu..maka mudahlah dia untuk mencapai apa yang diimpikan...Begitu juga dengan diriku yang sentiasa mengaitkan semua hal itu dengan takdir dan kehendak Allah SWT semata-mata...dan cuba bepegang dengan prinsip "jadikan hari ini lebih baik dari semalam" kerana celakalah bagi mereka yang sebaliknya...

Sabtu, 8 Ogos 2009

MaRHaBaN Ya RaMaDHaN!!! (Isti'dad liddukhul 'alaihi)

Persediaan Hadapi Puasa - Presentation Transcript
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : - Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. - juga doa pada sepertiga malam. - 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, - 10 hari pertengahan - pengampunan, - 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan ( Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah