Ahad, 22 November 2009

Story that have lesson learning...(^_^)




Wah...ramai sungguh..ade ape nih??
ape?ooo..Hari Ihtifal Konvokesyen Pra Sekolah & Tadika..
pelajarnya terdiri drp kanak2 pra dari Sekolah Rendah Ibnu Abbas & Tadika Al-Ulum..
apa yang nak dikongsikan just pengalaman..
pengalaman duduk dalam majlis yang melahirkan suasana yang agak memeningkan kepalaku..
hish..program tersebut kalau ikutkan hati nak je handle...
tapi, kena la hormat urusetia2 program tu..
pengerusi majlis cakap x jelas..
sabar2..kita x boleh tgok kelemahan org je..diri sendiri..
apa2 pon..sronok tgok adik2 kecil kat sane..
ops..sebelom terlupa abi telah menjadi wakil berucap bagi ibubapa SERIA..

apa yang menariknyer..
abi telah berkongsi satu cerita yang agak mencuit hati para pendengar..
ceritanya begini..
Ada seorang guru tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal..
Guru tadika bertanya : Anak-anak nampak tak pen ini?(sambil menunjukkan pen tersebut)
Murid-murid menjawab : Nampak cikgu.
Guru tadika bertanya : Pen ada kan?
Murid-murid menjawab : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi masukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...
Guru tadika bertanya : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid menjawab : tak nampak cikgu.
Guru tadika bertanya lagi : Tuhan ada tak?
Murid-murid menjawab : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itui berjaya. Tetapi..dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Abas lalu dia pun mengangkat tangan..
Abas bertanya : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid menjawab : nampak
Abas bertanya : cikgu ada kan?
Murid-murid menjawab : ada
Abas bertanya lagi : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid menjawab : tak nampak
Abas bertanya : cikgu ada otak tak?
Murid-murid menjawab : tak ada
Akhir kata marilah sama2 kita berusaha untuk melahirkan generasi yang terbaik untuk masa depan Islam.

Tiada ulasan: